Mati Dalam Suul Khatimah

August 8, 2008

Dari Kuliah Ustaz Fahrurrazi

Diantara orang2 yang mati didalam Suul Khatimah ( mati didalam melakukan maksiat ) adalah :

  • orang2 yang tidak mengambil berat akan sembahyang fardhu
  • orang2 yang tidak mengeluarkan zakat yang wajib
  • orang2 yang menjaga tepi kain kaum Muslimin
  • orang2 yang menipu kaum Muslimin dan mengelirukan mereka dalam perkara2 agama mahupun dunia
  • orang2 yang mendustakan dan mengingkari para wali Allah
  • orang2 yang mendakwa diri mereka mendapat darjat kewalian tanpa kebenaran
  • orang2 yang membuat bid’ah dalam agama
  • orang2 yang menanam syak dan ragu dalam hati terhadap Allah, RasulNya dan Hari Akhirat

“Ya Allah ya Tuhan Pengasih dari sekelian pengasih. Kami memohon dengan cahaya wajahMu yang mulia agar Engkau wafatkan kami sebagai orang2 Muslimin. Kemudian dampingkanlah kami bersama-sama para salihin dalam keadaan selamat dan sentosa, wahai Tuhan seru sekelian alam! Amin.”

 

 

Dari Kuliah Ustaz Fahrurrazi

Diantara tanda-tanda orang-orang yang mati didalam husnul khatimah adalah :

1. Seseorang yang akhir kalamnya ‘Laailaaha Illallah’.

2. Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah peliharanya dari fitnah kubur.

3. Seseorang yang mati ketika berperang, berjihad ke jalan Allah atau ketika dia sedang beramal soleh, nescaya dia akan masuk syurga.

4. Seseorang yang mati dengan didapati percikan peluh didahinya iaitu matinya orang yang beriman.

Kita haruslah memperbanyakkan mengucap kepujian dan kesyukuran kepada Allah s.w.t diatas nikmat Islam kerana ianya adalah setinggi-tinggi nikmat dan sebesar-besarnya. Sekiranya ditakdirkan Allah mengurniakan dunia dan seisinya kepada seseorang hamba, tetapi tidak pula dikurniakannya Islam, nescaya segala kurnia itu akan menjadi bencana baginya.

Sebaliknya, sekiranya Allah mengurniakan Islam, tetapi tiada diberikannya dunia, maka yang demikian itu tidaklah membahayakannya. Sebabnya, orang yang pertama tadi jika mati, nerakalah tempatnya. Manakala yang kedua pula, jika mati, syurgalah tempatnya.

 

 

Dari Kuliah Ustaz Fahrurrazi

Firman Allah s.w.t :

“Janganlah sampai kamu mati melainkan didalam keadaan Islam yang sebenarnya.”

Allah telah memerintahkan hambaNya supaya mati didalam agama Islam. Kerana sesungguhnya Islam itu diakui Allah sebagai agama yang benar didalam kitabNya, alQuran. Dan bahawasanya Dia tidak akan menerima agama selainnya dari manusia, kerana Islam adalah agama yang telah Dia redhakan bagi RasulNya dan bagi hamba2Nya dari kaum mukmin.

Firman Allah yang bermaksud :

“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kamu nikmatKu. dan Aku redha Islam menjadi agamamu.” – Al Maidah : 3

************

Malam Jumaat – Malam yang penuh barakah. Malam pengampunan, malam yang dimustajabkan oleh Allah.

Hari Jumaat – Penghulu segala hari

  • kewajipan solat Jumaat wajib bagi lelaki
  • sunat berpakaian putih; untuk mengingatkan hari mati, putih juga adalah warna syurga.