Dari kuliah Ustaz Abu Zaki.

Kikir (lokek) adalah salah satu daripada sifat hati manusia. Tak kiralah, orang yang miskin mahupun yang kaya, pasti ada sifat kikir dalam diri mereka.

 Kikirnya si miskin tidak nampak pada zahir, ianya terdetik dalam hati, eg. bila melihat si kaya menderma harta dengan jumlah yang banyak, akan berdetik dalam hatinya, ” Banyaknya dia derma! Kalaulah aku kaya, aku tak akan menderma sebegitu banyak.”

Kikirnya orang kaya pula nampak pada zahir. Orang kaya yang kikir menderma tanpa rasa ikhlas dihati. Dia menderma hanya kerana inginkan nama. Dan lagi, hartanya sentiasa dikira setiap waktu, dan ini hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah.

Harta itu adalah ujian dari Allah. Allah akan permudahkan jalan2 ke syurga bagi mereka yang dermawan walaupun sekiranya dia tidak begitu alim.

Didalam dunia ini terdapat 4 golongan manusia :

1) Yang punya harta dan ilmu – Hartanya dikhadamkan dengan ilmu, iaitu, hartanya di bahagikan ke jalan yang diredhai.

2) Yang berilmu tanpa harta – Hatinya kaya. Dia berniat sekiranya dia mempunyai harta, hartanya itu akan didermakan.

3) Yang berharta tanpa ilmu – Kaya dengan wang dan nafsu. Golongan ini adalah dalam bahaya kerana sering berfoya-foya.

4) Yang tanpa ilmu mahupun harta – Nafsunya ke arah berbuat maksiat tapi tidak mampu mencapai cita2nya kerana tidak mempunyai harta.

**************

Hidup kita ini dikiaskan seperti berada didalam kapal pelayaran menuju ke akhirat yang kapalnya singgah sebentar disatu tempat bernama Dunia. Dan didalam kapal itu pula terdapat 3 golongan manusia.

Ketika kapal berlabuh di Dunia, golongan pertama akan mengambil barang yang dapat dimanfaatkan dan terus naik ke atas kapal. Golongan ini akan mendapat tempat yang luas dan selesa didalam kapal itu.

Golongan yang kedua pula adalah mereka yang akan mengambil segala isi di Dunia sehingga disaat naik ke kapal, tempatnya menjadi sempit.

Golongan yang ketiga pula adalah mereka yang terus menghabiskan masa untuk Dunia yang membawa kemudaratan pada diri mereka. Dengan kelalaian itu, mereka terlambat menaik ke atas kapal lantas menyebabkan mereka mendapat tempat yang paling tidak selesa.

 

Dari Kuliah Ustaz Abu Zaki

Kikir ( lokek ) adalah satu perbuatan yang sangat2 membinasakan. Orang yang kikir sebenarnya ditipu oleh syaitan. Dia sering berfikiran bahawa hartanya akan berkurangan sekiranya dia salurkan  kepada yang memerlukan. Itu semua tidak benar, kerana sesungguhnya dengan memberi, ianya tidak mengurangkan, malah menambahkan.

Dalam Surah Ali-‘Imran ayat 180, Allah berfirman yang bermaksud ” Dan jangan menyangka oleh mereka yang kikir itu, dengan barang yang memberi akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dari limpah kurnianya, ia kebaikan bagi mereka itu, bahkan ia kejahatan bagi mereka itu.”

Ertinya disini adalah, mereka yang kikir itu menyangka bahawa kikir mereka itu adalah kebaikan bagi diri mereka, padahal ianya adalah satu kejahatan yang mana selagi harta yang mereka kikirkan itu, ia akan menjadi kalung daripada api neraka pada leher mereka diakhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda,

” Bermula 3 perkara yang membawa kepada kebinasaan :

  1. Kikir yang diturut – Orang yang teramat lokek sekali. Lokek disini dengan ertikata lokek akan Hak Allah. Tidak berzakat, tidak solat, tidak membaca Qur’an. Sekiranya yang kikir tidak tahu bersolat, tidak tahu membaca alQur’an, sekaligus dia akan menjadi kikir dalam berusaha mendapatkan guru untuk rujukannya. 
  2. Keinginan yang ikut – Apa sahaja kehendak nafsunya diturutkan tanpa berlengah-lengah.
  3. Perkenan oleh seorang akan dirinya. – Ujub ( takabbur/riak) “

( Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dari Abi Umar r.a )

Baginda bersabda : ” Orang yang pemurah hampir ia daripada Allah Ta’ala lagi hampir ia daripada manusia lagi hampir ia daripada syurga, dan jauh ia daripada api neraka. Dan orang yang kikir, jauh ia daripada Allah Ta’ala lagi jauh ia daripada manusia lagi jauh ia daripada syurga lagi hampir ia daripada api neraka. Dan yang jahil yang pemurah lebih kasih kepada Allah Ta’ala daripada yang mengerjakan ibadah yang kikir. “

( Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari Abi Hurairah r.a dan Al-Baihaqi dari Jabir dan Ath-Thabrani dari ‘Aisyah r.a )