Ceramah Ramadhan III

August 15, 2008

Selamat Datang Ramadhan – Ustaz Salim Jasman

Persiapan menyambut Ramadhan

1) Mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa

2) Memperlihatkan kepada sesama kita kesenangan hati dan ketenangan jiwa seperti yang dipamerkan Rasulullah s.a.w dan sahabat2nya – menyambutnya dengan rasa syukur & gembira dan bersedih ketika Ramadhan berlalu.

3) Memperbanyakkan doa agar Allah memberi tenaga, kelapangan dan kesempatan untuk mengerjakan puasa dengan sempurna.

4) Menguatkan semangat dan himmah untuk menjalankan latihan dengan sempurna – bulan puasa ialah bulan latihan jihad memerangi hawa nafsu, loba dan tamak. Ianya juga bulan mensucikan diri dari berbagai dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ” Wahai manusia telah datang kepadamu bulan agung dan penuh barakah, bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah menetapkan bahawa pada bulan itu wajib berpuasa dan sunat mendirikan solat tarawih pada malam harinya. Barangsiapa yang mengerjakan amalan fardhu, sama dengan 70 amalan fardhu pada bulan2 lain.”

Bulan Ramadhan merupakan bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah syurga. Bulan Ramadhan merupakan bulan hiburan (bagi yang miskin) dan bulan bertambahnya rezeki orang2 yang beriman. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah usaha untuk memperolehi 4 perkara pada bulan Ramadhan : 2 untuk mendapat keredhaan Allah, 2 lagi hal yang jangan dilewatkan begitu saja.

Yang 2 mendatangkan keredhaan ialah mengaku bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah dan memohon ampun kepadanya. Sedangkan yang 2 perkara jangan dilewatkan begitu saja, iaitu memohon syurga dan perlingungan api neraka.

Barangsiapa yang memberi minuman untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minuman dari satu telaga yang tidak akan menimbulkan dahaga atau haus sampai masuk ke dalam syurga. – Riwayat Abusysyaikh Ibnu Hibban dari Salam al-Farisi

Keagungan Ramadhan

1) Allah menurunkan AlQuran

AlQuran

  1. Pokok pelindungan Islam
  2. Merupakan hidayah ke jalan yang hak
  3. Sebagai dian yang menerangi hati manusia
  4. Menjelaskan batas2 hukum halal haram, yang wajib dan yang haram serta yang hak dan yang batil

2) Diwajibkan berpuasa

3) Bulan yang penuh dengan barakah

4) Bulan berdoa – untuk doa diterima, makanlah dari sumber yang halal.

5) Berlakunya peperangan Badar

6) Kota Mekah ditawan semula oleh orang2 Islam

7) Bulan sabar