Tajdid Iman : Dr Juanda Jaya

Ketika berada di bawah tekanan yang menyempitkan dada, lazimnya fikiran akan bercelaru, jiwa tergoncang dan tiada yang menyelimuti perasaan melainkan kesedihan dan putus asa. Tekanan kehidupan silih berganti merempuh jiwa.

Kadang-kadang ia menyebabkan kita menjadi hilang kawalan, sekali gus hilang keimanan. Begitulah ujian yang menyebabkan matinya hati, kerasnya jiwa dan tawarnya perasaan. Satu langkah untuk menghidupkan kembali hati yang tercedera adalah dengan menyahut seruan Allah (SWT) dan Rasul-Nya.

Satu resipi daripada al-Quran yang agung, firman Allah (SWT) bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah (SWT) dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kalian, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah (SWT) membatasi antara manusia dan hatinya.” (Surah Al-Anfal, ayat 24)

Hati memerlukan makanan yang paling berkhasiat supaya tetap bertenaga melawan nafsu syahwat yang mengganggunya. Menyahut seruan Allah (SWT) dan Rasul bermakna berada dalam ikatan Allah (SWT) dan Rasul-Nya di mana saja berada.

Dalam keadaan sibuk atau senang, dengan langkah kaki yang berat atau ringan, hati yang benci atau suka, namun tetap menyahut seruan Allah (SWT) dengan taat dan setia. Kadang-kadang kita mesti memaksa diri untuk melawan hasrat nafsu. Sebelum kejahatan itu berubah menjadi amalan harian dan kebiasaan buruk susah ditinggalkan.

Menyahut seruan Allah (SWT) mampu menghidupkan hati. Sesungguhnya manusia sentiasa mengalami kematian dan hidup semula. Iaitu ketika hati mereka mati kemudian disimbah cahaya iman sehingga ia hidup kembali.

Keadaan ini berulang-ulang dialami setiap insan. Bagaimana mungkin ia tidak sedar ketika hatinya mengalami sakaratul maut? Untuk itu, Al-Quran mengajarkan kita sentiasa bermohon kepada Allah (SWT) supaya hati tidak tersesat dan mati berulang kali.

Allah (SWT) berfirman bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau beri petunjuk kepada kami.” (Surah Ali Imran, ayat 8 )

Jika orang beriman melakukan maksiat kepada Allah (SWT) ataupun kejahatan kepada sesama manusia, dia berasa seolah-olah berlaku suatu kesempitan yang menekan dalam hatinya dan kesakitan adalah seperti mana sakitnya merasai sakaratul maut.

Kulitnya berpeluh dan pucat, takut balasan seksa Allah (SWT). Adakah ia akan dibalas langsung di dunia ataupun disimpan hingga di akhirat untuk menjadi bakaran api neraka. Dosa itu menghantuinya ke mana saja dia pergi.

Begitu juga sebaliknya jika seseorang dalam keadaan beribadat dan taat kepada Allah (SWT) serta berbuat baik kepada sesamanya, hatinya terasa lapang, wajahnya ceria, tutur katanya menyenangkan hati sesiapa yang mendengar, akalnya bertambah tajam, bijak dan luas pandangan.

Seperti sabda Baginda bermaksud:

“Jika cahaya masuk ke dalam hati, maka ia akan menjadi terang dan luas. Mereka bertanya: Apakah tanda-tandanya, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Mendekatkan diri kepada negeri yang abadi (akhirat), menjauhkan diri daripada negeri yang pasti hancur (dunia) serta mempersiapkan diri untuk mati sebelum ia datang.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Hidupnya hati berkait rapat dengan ingatan kita kepada akhirat. Ramai orang yang ingat akhirat, tetapi berapa ramai yang ingat dan bersiap-siap berangkat menuju ke sana? Ada pula orang yang terlalu ghairah hendak pergi ke sana hingga apa saja yang ada di dunia ini adalah umpama syaitan dan musuh bagi dirinya.

Isteri diabaikan dan anak yang menjadi amanah dibiarkan macam syaitan. Kerjaya dan harta dilupakan kerana terlalu tekun memegang idealisme yang kononnya daripada agama, padahal dia tersesat dan mabuk oleh zikir yang membenci dunia.

Padahal agama adalah rahmat bagi seluruh dunia. Jika penganut agama ini tidak difungsikan sebagai pentadbir dunia, maka dia akan dibinasakan oleh penguasa bersifat duniawi. Maknanya mereka membiarkan orang kafir meneraju setiap bidang kehidupan, sementara orang Islam menjadi tawanan abdinya. Semua ini bukan ajaran Baginda. Mereka yang berfahaman sebegini sebenarnya tidak mengerti mengenai Islam.

Mencari bekal akhirat tidak bermakna membenci dunia. Kita hanya membenci kekufuran dan apa saja yang menuju ke arah itu. Jika dunia dijalani dengan penuh tanggungjawab keimanan, maka tiada masalah bagi orang Islam untuk menjadi manusia terkaya dan terhebat mentadbir dunia.

Duduk bersama orang kafir, tetapi sama sekali tidak terpengaruh ajakan kufur mereka. Begitulah sifat orang yang hatinya hidup. Terang dan luas seperti sabda Baginda SAW. Tiada tekanan yang menjejaskan imannya. Jika ia wujud sekalipun, ia hanyalah kerikil tajam yang mustahil mematikan hatinya.

Oleh itu, dia amat memerhatikan kesejahteraan hati. Jika ada tempat paling tinggi dan mahal harganya, suci lagi diagungkan, itulah hati nurani sendiri. Dia amat mencintai hatinya. Setiap hari hatinya sentiasa disentuh dengan kelembutan ilmu dan pengabdian diri kepada Allah (SWT).

Dia tidak akan membiarkan hatinya kekeringan hidayah dan petunjuk daripada Allah (SWT), jauh sekali membiarkannya mati oleh kefasikan dan maksiat. Hati orang mukmin terlalu istimewa, kerana di situlah jatuhnya pandangan Allah (SWT). Baik dan buruk seseorang bergantung kepada hati kerana ia adalah cerminan amal perbuatannya.

Proses menghidupkan hati memerlukan pengorbanan sepanjang hayat. Satu langkah lagi untuk menghidupkan hati adalah dengan menyalakan cahaya Al-Quran dalam diri kita.

Kedekatan seorang mukmin kepada al-Quran bergantung dengan kesungguhannya melalui pelbagai ujian kenaikan tingkatan keimanan. Tangga pertama harus dilalui dengan belajar membaca. Disebabkan cintakan al-Quran dia rela meninggalkan kesenangan dan hiburan yang melalaikan.

Tangga pertama ini tidak dapat didaki dalam masa sehari, ada yang sudah 10 tahun membiasakan diri membaca satu juzuk selepas subuh, tetapi selepas zaman berubah dia pun lalai dan sedikit demi sedikit meninggalkan al-Quran hingga akhirnya tidak sempat menyentuhnya walaupun sesaat.

Tangga kedua yang harus didaki untuk sampai ke puncak al-Quran adalah tangga kajian, seterusnya tangga amalan dan akhir sekali tangga memperjuangkan mesej al-Quran.

Namun, kita tidak nafikan ramai yang terjatuh dan kembali mendaki. Ada pula yang tidak perasan sesungguhnya dia sudah lama berada pada tangga paling bawah saja. Dia tidak sedar cahaya al-Quran yang menghidupkan hati itu hanya dapat diperoleh dengan mencapai keseluruhan tangga-tangga hingga ke puncaknya.

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim berkata dalam Al-Fawaid:

“Carilah hatimu di tiga medan, ketika anda membaca al-Quran, ketika berada dalam majlis zikir (ilmu) dan pada saat berkhulwah menyendiri. Jika anda tidak menemukannya dalam tiga medan ini, maka mintalah kepada Allah (SWT) supaya memberikan kamu hati kerana sesungguhnya anda tidak memiliki hati!”

 

 

Rasa cinta di dalam hati kadang kala membuat kita lupa akan segala hal yang ada dikenyataan kita, kadang pula kita memaknai cinta sebagai hal yang lumrah dan wajar bagi kita. Tetapi pada hakikatnya cinta adalah rahmat dari Allah s.w.t. dan merupakan salah satu nikmatNya yang paling besar bagi diri kita sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Oleh kerana itu jagalah cinta, jangan sekali-kali dinodai cinta yang suci. Dan jagalah ia jangan sampai hilang di telan oleh lumpur hidup. 

Rasa cinta ada pada hati setiap manusia, haiwan, bahkan tumbuhan sekali pun. Seandainya makhluk Allah s.w.t selain Bani Adam boleh berbicara mungkin ia akan berkata “Aku mencintaimu”, kata cinta ini sungguh sangat fenomenal dan luar biasa efeknya. Kata cinta boleh membuat orang menangis, berbahagia, bahkan kerana cinta nyawa pun hilang.

Orang yang sedang bercinta akan merasakan indahnya dunia ini, sehingga ada jargon “dunia hanya milik berdua”, kata-kata ini mungkin boleh dikatakan lucu bagi sesetengah orang, kerana ianya mustahil terjadi, tetapi bagi orang yang sedang jatuh cinta maka semuanya boleh terjadi walaupun pada hakikatnya tidak akan terjadi. Hal ini berkaitan langsung dengan jargon “cinta itu buta”. Kata2 ini di satu sisi mendukung adanya kata “dunia hanya milik berdua” tapi di sisi yang lain perkataan “cinta itu buta”  sebuah ungkapan yang mengarah negatif, ertinya kenapa dia mengatakan dunia milik kita berdua? Kerana dia buta, buta dengan cinta. Lalu cinta apakah yang dapat melihat tetapi dunia milik kita bersama? Jawapannya mahabbah fillah – cinta kerana Allah!

Inilah konsep cinta yang sesungguhnya, inilah konsep cinta yang kekal, inilah konsep cinta yang abadi, dan inilah konsep yang akan menolong kita dari kengerian hari kiamat. Kerana mahabbah fillah adalah salah satu tanda orang yang mendapatkan naungan pada hari kiamat ketika tidak ada naungan kecuali naungan Allah.

Oleh kerana itu, kita mencintai sesuatu apapun baik kekasih, guru, sahabat, teman, orang tua, haiwan dan lain sebagainya hendaknya dikeranakan Allah s.w.t, agar cinta kita itu di nilai ibadah. Bukankah niat itu sangat berpengaruh dalam perbuatan kita apalagi kita sebagai manusia yang di ciptakan oleh Allah s.w.t untuk beribadah oleh kerana itu agar semua ibadah diniatkan kerana Allah s.w.t. Inilah yang di sebut dengan mahabbah fillah, cinta kerana Allah.

 Jikalau cinta sudah di rasuki oleh kata “kerana Allah” maka sungguh nikmat dan begitu syahdunya. Apalagi cinta ini dimaksudkan mencintai makhluk Allah s.w.t yang sudah tentu fana yang tidak kekal, maka kita pun akan berpisah dengan sesuatu yang kita cintai itu kerana ada kekata “adanya pertemuan pastinya ada perpisahan”.

Tetapi bagi orang yang sudah di rasuki oleh kata “kerana Allah” maka ia tidak akan kecewa dan tidak akan menyesal yang berlarutan. Cinta yang dikeranakan Allah s.w.t akan memegang prinsip “cintailah kekasihmu jangan berlebihan” kerana cinta yang hakiki dan yang sebenarnya adalah cinta kepada penciptanya.

Apalagi di tambah dengan kata-kata “dunia milik bersama” kerana kita di perintahkan untuk saling menasihati dan saling mengingatkan. Dunia ini milik kita bersama yang menjadi sarana mengumpulkan bekal yang banyak untuk perjalanan yang jauh, lebih jauh lagi daripada perjalanan dari bumi ke planet Pluto. 

Marilah merubah konsepsi kita dari cinta buta yang milik berdua kepada cinta yang melihat yang milik bersama, kerana alangkah indahnya saat hati ini melihat dan mengajak bersama-sama untuk menuju syurgaNya yang kekal dan abadi.

 

 

Dengki

June 21, 2008

Dari kuliah Ustaz Abu Zaki

Sifat dengki timbul apabila seseorang tidak menyukai segala nikmat2 Allah yang telah Allah berikan kepada orang lain dan perasaan gembira lahir apabila nikmat orang lain hilang.

Dengki adalah satu penyakit hati zaman berzaman. Virusnya tidak akan hilang dari zaman dahulu hingga sekarang.

” Berjalan kepada kamu penyakit segala umat dahulu daripada kamu, dengki dan sangat benci.” ( Riwayat At Tarmidzi dan Imam Ahmad )

Orang yang dengki selalunya mempunyai negative thinking terhadap sesiapapun yang mendapat nikmat. mereka tergolong orang2 yang berhati busuk dan berakhlak tercela. Berbeza dengan orang yang berilmu, yang dengan ilmunya, ia sedar bahawasanya dengki akan memudaratkan dirinya sendiri dan hanya akan mendapat murka Allah.

Sentiasalah letakkan diri kita dibawah demi mengelakkan diri berdengki terhadap orang lain. Begitu kita dengki, begitulah pahala kita dimakan. Dari itu, padamkanlah rasa dengki dihati agar pahala kita tidak akan berkurangan.

 

 

Marah

June 21, 2008

Dari Kuliah Ustaz Abu Zaki

Marah itu adalah sifat kecelaan yang akhirnya boleh menimbulkan banyak kebinasaan. Apabila marah, hati menguasai diri.

Agama menuntut agar seseorang yang sedang bersangatan marah agar dapat memecahkan rasa marah dalam diri. Dengan ertikata lain, marah dengan rasional dan menahan perasaan marah itu ( harus ada self control ).

Sifat marah biarlah terkendali oleh akal dan syara’. Sungguhpun dianjurkan memecahkan rasa marah, namun rasa marah itu tidak harus dihilangkan samasekali. Jika hilang, nescaya wajib menghasilkannya. Kerana bahawasanya ia perkakas bagi memerangi sekalian kafir, dan menegah daripada segala kejahatan dan menyuruh kepada mengerjakan kebajikan.

To gain self control, kita harus latih diri dengan 2 perkara :

1. Delay the anger . Bila kita delay/melambatkan lahir rasa marah, kita akan dapat dua reaksi yang berbeza.

2. Bersifat memaafkan. Kita harus sentiasa melihat ke dalam diri sendiri, harus sedar akan diri yang kerdil disisi Allah.

Semakin kita memaafkan, semakin Allah muliakan kita. Dan semakin kita merendah diri, semakin Allah memberi darjat yang tinggi kepada kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ” Barangsiapa menahan ia akan marah dan jika menghendaki ia meluluskannya nescaya kuasa ia atas meluluskannya nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari kiamat daripada sentosa dan iman.” ( Diriwayatkan oleh Abu Daud )

 

Soal Hati

June 8, 2008

ni bukanlah pasal cerita filem soal hati yang si erra fazira tu berlakon..hehe..eh tapikan betul ke title filemnya soal hati? ermm..tak penting lah..

dalam sepotong hadis, Rasulullah s.a.w berpesan bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging, yang jika ia baik, maka baiklah seluruh diri manusia itu dan begitu pula sebaliknya.

daging itu dipanggil hati. hati ini bukan yang fizikal dan dapat kita bayangkan seperti jantung atau paru2. kita pun sebenarnya tidak dapat mengesan dimana sebenarnya letaknya hati ini dalam badan kita.

hati, atau qalb kita ini merupakan tempat menyimpan rahsia antara kita dengan Allah s.w.t .. para malaikat sendiri tidak dapat menembus ke dalam hati kita kerana tugas mereka hanya mencatat perilaku kita, bukan apa yang tersemat didalam lubuk hati kita. hanya Allah sahaja yang tahu segala yang kita fikirkan dan rasakan. ia adalah antara kita dengan Pencipta kita. dan hati inilah yang sentiasa kita hadapkan kepada Allah s.w.t, bukan jasad kita. sedangkan bersolat pun jasad kita yang bergerak tapi hati kita yang menghadap Allah dan berbicara denganNya.

dan pada tika dan saat ini, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat didalam hati aku..