Ciri-ciri Masyarakat Khairul Ummah

June 21, 2008

 

Alhamdulillah harini aku masih lagi diberi kesihatan dan sekaligus kesempatan untuk mengikuti forum yang diadakan di Masjid Sultan petang tadi. Penceramah bagi forum hari ini adalah Ustaz Fatris Bakaram dan Ustaz Drs Ahmad Dahari

Disini izinkan aku berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua ustaz tadi.

Kehidupan kita didunia ini tidak pernah akan terlepas dari cabaran. Maka itu, kita harus ada kekuatan rohani demi mengharungi cabaran2 hidup. Kekuatan rohani yang dimaksudkan adalah kekuatan yang berlandaskan keimanan, keimanan yang bergantung kepada amal dan amal yang bergantung kepada ilmu.

Antara pesanan2 Luqmanul Hakim kepada anak2nya: 

  • Jangan pernah syirik kepada Allah
  • Sentiasa bersabar dengan cabaran2 hidup
  • Jangan pernah sombong dan angkuh terhadap sesama manusia, sentiasalah merendah diri.

Orang yang bijak dan beriman, adalah orang2 yang sentiasa membuat persiapan dan memikirkan tentang hari matinya dan hari2 setelah kematiannya.

Kita didunia ini adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad s.a.w, Seharusnya kita sentiasa berbuat kebaikan, yang mana kebaikan seseorang itu dipandang oleh Allah bilamana dia

  • mengajak kepada kebaikan, beserta dengan keimanan dan kebaikan yang bergantung kepada sifat perikemanusiaan
  • mencegah dan menjauhi kemungkaran
  • dan beriman kepada Allah

Untuk mencegah kemungkaran, kita harus melakukannya dengan kekuasaan (kekuatan). Jika tiada mampu dengan kuasa, lakukanlah ia dengan lisan/lidah, iaitu dengan memberi nasihat. Dan sekiranya tiada mampu dengan menasihati, lakukanlah ia dengan hati, yakni harus ada benci dalam hati terhadap maksiat yang berlaku.

Akhir kata, kerana iman kita hidup dan kerana iman jugalah kita mati. Dan mudah2an juga kita mati didalam iman, insyaAllah.

 

About these ads

4 Responses to “Ciri-ciri Masyarakat Khairul Ummah”

  1. Mrs Beki said

    saya sudah mari…….saya byk rindu…….

  2. akumiliksiapa said

    beki!!!! aku pon rindu!! tak sabar nak tunggu 19th ;) insyaAllah, sebolehnyer aku nak pergi =)

  3. adikbongsu said

    Salam sis,

    Jazakillah for sharing :)

  4. akumiliksiapa said

    salam busu..alhamdulillah, senang rasernyer dapat berkongsi :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: