Syawal 1429 Hijri

September 15, 2008

except for the 1st day, syawal is a big NO-NO!! and here’s why :

20th sept. – p1 2009 qiraati bridging course ( kakak )

27th sept.

  • p1 2009 qiraati bridging course ( kakak )
  • arabic lang oral exam ( adek )

3rd, 6th – 8th oct. – psle written exam ( abang )

11th oct.

  • qur’an oral exam ( adek )p1 2009
  • qiraati bridging course ( kakak )

13th oct.

  • eng lang paper I exam ( adek )
  • arabic lang listening compre exam ( adek )

14th oct. – malay lang paper I exam ( adek )

15th oct. – insya’ exam ( adek )

18th oct. – p1 2009 qiraati bridging course ( kakak )

20th – 24th oct. – arabic lang/qur’an oral exam ( abang )

20th – 31st oct. – end of year written exam ( adek )

25th oct. – p1 2009 qiraati bridging course ( kakak )

1st, 8th, 15th nov. – p1 qiraati bridging course ( kakak )

abang braim, tolong bang braim!! ini bukan cobaan, ini betol2!! hehe

Ramadhan Ya Ramadhan!!

August 26, 2008

If there is a day,
There Must Be a night
If there is a black,
There must be a white
If there is a mistake or weakness,
There must be forgiveness

Mata kadang salah melihat….
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada….
Mohon Maaf Lahir dan Batin…

MARHABAN YAA RAMADHAN!!!!

Tanda-tanda Hari Kiamat

August 17, 2008

Ceramah Nisfu Syaaban @ S’pore Expo – Ustaz Abu Hasan Din

Kiamat

1) Kiamat Kecil – Mati

  • mati kecil – tidur
  • mati besar – tidak bernyawa lagi

2) Kiamat Besar – 2 tanda

  • tanda2 awal/kecil – sudah berlaku
  • tanda2 besar

Tanda2 awal/kecil :

  1. Berlakunya kemelesetan ekonomi
  2. Orang2 alim lari ke bukit
  3. Bilamana orang kaya berhutang
  4. Bilamana ada wanita dilantik menjadi ketua negara
  5. Bilamana umat Islam saling kutuk-mengutuk sesama yang lain
  6. Salam hanya diucap kepada hanya yang dikenali
  7. Bilamana ada orang2 zalim menjadi pemimpin yang dihormati
  8. Lahirnya persatuan2 buruh
  9. Terbinanya bangunan2 yang tinggi2 dan canggih2
  10. Semakin ramai anak2 menderhaka kepada kedua ibubapa
  11. Makin ramai wanita2 lebih gemar memandulkan diri
  12. Bilamana wanita2 lebih gemar mendedahkan aurat
  13. Berlakunya homoseks (sejarah Nabi Lut berulang)
  14. Bilamana ibu2 sudah terpaksa menghormati anak sendiri
  15. Bilamana bapa merogol anak sendiri
  16. Berlakunya gerak gempa dimana-mana

Tanda2 besar :

  1. Lahirnya Imam Mahdi/yang mengaku Tuhan/mengaku Rasul
  2. Akan keluar dajjal
  3. Turunnya Nabi Isa a.s
  4. Lahirnya Ya’jud & Ma’jud (yang suka merosakkan harta benda orang)
  5. Kaabah diruntuhkan
  6. Matahari terbit disebelah barat
  7. Bilamana didapati asap dimana-mana
  8. AlQuran diangkat
  9. Tiupan sangkakala

 

 

 

Kelebihan Bulan Syaaban

August 16, 2008

Sambutan Nisfu Syaaban @ S’pore Expo – Ceramah oleh Ustaz Ahmad Dahri

Sabda Rasulullah s.a.w ketika didatangi Malaikat Jibril pada malam Nisfu Syaaban, Jibril seraya berkata, ” Ya Muhammad, malam ini Allah telah membukakan pintu2 langit dan Allah membukakan pintu2 rahmat (kasih sayang) maka bangunlah kamu dan solat. ( Disaat2 dekat hari kiamat Allah akan mencabut dari sekelian kamu rasa rahmat, manakala yang timbul nanti hanya tinggal rasa kebencian.) Setelah engkau bersolat, angkat kepala dan 2 tanganmu ke langit malam ini. Allah telah membuka 300 ( rahsia Allah, 300 ribu/juta atau lebih) pintu rahmat. Sesungguhnya rahmat Allah mencakupi seluruh alam. Maka Allah akan mengampunkan dosa semua tetapi tidak kepada mereka yang melakukan syirik ( orang yang berbomoh, yang ke tukang tilik), yang sering bermusuhan atau saling membenci, yang berkekalan minum khamar, orang yang berterusan melakukan zina dan tidak bertaubat dari zinanya, yang memakan riba, yang tidak menghormati ibu bapa, dan yang suka mengumpat (mereka semua ini tidak akan mendapat rahmat Allah melainkan dengan bertaubat dengan seikhlas2 taubat ), terkecuali sesiapa yang dikendaki Allah.”

Rasulullah bersabda, ” Tidak ada dosa bagi orang yang beristighfar.”

Sabdanya lagi, “Kamu (umat Rasulullah s.a.w) punya 3 ayah dan 3 ibu. Pertama, ayah ibu yang melahirkan kamu. Kedua, ayah ibu yang melahirkan isteri/suami kamu. Ketiga, guru & isteri gurumu adalah ayah ibumu (wajib dihormati)

 

Ceramah Ramadhan III

August 15, 2008

Selamat Datang Ramadhan – Ustaz Salim Jasman

Persiapan menyambut Ramadhan

1) Mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa

2) Memperlihatkan kepada sesama kita kesenangan hati dan ketenangan jiwa seperti yang dipamerkan Rasulullah s.a.w dan sahabat2nya – menyambutnya dengan rasa syukur & gembira dan bersedih ketika Ramadhan berlalu.

3) Memperbanyakkan doa agar Allah memberi tenaga, kelapangan dan kesempatan untuk mengerjakan puasa dengan sempurna.

4) Menguatkan semangat dan himmah untuk menjalankan latihan dengan sempurna – bulan puasa ialah bulan latihan jihad memerangi hawa nafsu, loba dan tamak. Ianya juga bulan mensucikan diri dari berbagai dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ” Wahai manusia telah datang kepadamu bulan agung dan penuh barakah, bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah menetapkan bahawa pada bulan itu wajib berpuasa dan sunat mendirikan solat tarawih pada malam harinya. Barangsiapa yang mengerjakan amalan fardhu, sama dengan 70 amalan fardhu pada bulan2 lain.”

Bulan Ramadhan merupakan bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah syurga. Bulan Ramadhan merupakan bulan hiburan (bagi yang miskin) dan bulan bertambahnya rezeki orang2 yang beriman. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah usaha untuk memperolehi 4 perkara pada bulan Ramadhan : 2 untuk mendapat keredhaan Allah, 2 lagi hal yang jangan dilewatkan begitu saja.

Yang 2 mendatangkan keredhaan ialah mengaku bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah dan memohon ampun kepadanya. Sedangkan yang 2 perkara jangan dilewatkan begitu saja, iaitu memohon syurga dan perlingungan api neraka.

Barangsiapa yang memberi minuman untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minuman dari satu telaga yang tidak akan menimbulkan dahaga atau haus sampai masuk ke dalam syurga. – Riwayat Abusysyaikh Ibnu Hibban dari Salam al-Farisi

Keagungan Ramadhan

1) Allah menurunkan AlQuran

AlQuran

  1. Pokok pelindungan Islam
  2. Merupakan hidayah ke jalan yang hak
  3. Sebagai dian yang menerangi hati manusia
  4. Menjelaskan batas2 hukum halal haram, yang wajib dan yang haram serta yang hak dan yang batil

2) Diwajibkan berpuasa

3) Bulan yang penuh dengan barakah

4) Bulan berdoa – untuk doa diterima, makanlah dari sumber yang halal.

5) Berlakunya peperangan Badar

6) Kota Mekah ditawan semula oleh orang2 Islam

7) Bulan sabar

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.